Ekonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

KPDNHEP akan bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian terbabit laksanakan Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil (CPO)

74

PUTRAJAYA 30 JUN 2021 – Susulan dari pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) amat menghargai keprihatinan kerajaan yang komited membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dengan meneruskan dasar pengawalan harga barangan perlu. Antaranya pengekalan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang melibatkan subsidi melebihi RM 6 bilion ringgit setahun.

Menurut Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, KPDNHEP akan meneruskan dasar kawalan dan harga barang keperluan dan meningkatkan penguatkuasaan sedia ada yang ternyata berkesan seperti yang terbukti sepanjang PKP tanpa sebarang insiden terputusnya bekalan barang keperluan.

“Bagi menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 1 kilogram hingga 5 kilogram, KPDNHEP ingin merakamkan terima kasih atas kesudian Kerajaan menerima cadangan mekanisma pengurusan harga minyak masak tidak bersubsidi.

Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian terbabit dalam melaksanakan Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil (CPO) dan memastikan harga minyak masak 5 kilogram tidak melebihi RM30.00 sebotol.

KPDHEP juga menyambut baik peruntukan tambahan sebanyak RM 1 bilion bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi dalam pek polibeg 1kg terjamin dan dapat dibeli dengan harga subsidi RM2.50.” katanya.

Dalam pada itu, KPDNHEP menyokong sepenuhnya Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau PUPUK dengan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan 100 juta ringgit untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi meningkatkan agenda digitalisasi negara.

“KPDNHEP sendiri telah lama menggerakkan program digitalisasi samada di peringkat Kementerian mahupun dalam sektor perdagangan pengedaran melalui pelbagai aplikasi seperti ez-Aduan, Price Catcher, My Sales Tracker, MyHarga, Spacedeal, Chatbot Sara, ReDI dan banyak lagi.” kata Alexander Nanta Linggi.

Tambah beliau KPDNHEP telah memulakan program imunisasi khusus untuk barisan hadapan ekonomi supaya negara boleh bergerak ke arah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila semua yang terlibat telah menjalani imunisasi sepenuhnya

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles