AM

PEMULIH Dijangka Akan Memacu Sektor Pembinaan – Fadillah

68

KUALA LUMPUR 29 JUN 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) menyambut baik dan menyokong penuh Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH bernilai RM150 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata pakej PEMULIH yang telah diumumkan akan membantu memacu sektor pembinaan yang terkesan akibat kenaikan harga bahan binaan susulan penularan pandemik.

“Melalui PEMULIH kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan perubahan harga atau variation of price (VOP) bagi projek kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan daripada 1 Januari sehingga 31 Disember 2021” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebenaran perubahan harga atau VOP bagi projek kerja akan membantu pihak kontraktor akibat kenaikan mendadak harga bahan mentah ketika ini. Kenaikan bahan mentah memberi impak kepada masalah kewangan kontraktor. Langkah ini juga dapat melancarkan proses permintaan dan penawaran (supply & demand) dalam kerja-kerja pembinaan.

Selain itu, PEMULIH juga turut membantu kontraktor G1 hingga G4 tempatan melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga, dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja elektrik.

“Dengan membantu kontraktor G1 hinga G4 tempatan melaksanakan projek berskala kecil secara undian dan sebut harga pula, kontraktor berkenaan dapat melaksanakan kerja dengan lebih efektif kerana mendapat harga yang keuntungannya lebih selesa” katanya.

Tambah beliau, pekej itu juga membenarkan lanjutan masa atau extension of contract (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP tertakluk kepada klausa kontrak.

“Lanjutan EOT projek membolehkan kontraktor menjadual semula jadual kerja bagi memastikan kerja dapat disiapkan sepenuhnya. Sebaliknya jika projek ditamatkan impak kewangan dan masa penyiapan projek yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah lebih tinggi berikutan masa diperlukan untuk melantik kontraktor baru dengan harga baru juga biasanya lebih tinggi daripada kontrak asal” ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama, Fadillah turut menyambut baik peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas akibat pandemik di kawasan masing-masing.

“Ini akan membolehkan lebih ramai rakyat di semua kawasan dapat dibantu dalam keadaan sukar seperti sekarang” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...