Kenyataan Media

Vaksin Bagi PICK, PIKAS Percuma Kepada Semua Penduduk Malaysia – KJ

131
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini. - LIFE NEWS AGENCY/Hafis Idzla Mohd Hafidzan

24 JUN 2021 – Suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia jelas Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi COVID-19”.

“Tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas janji temu yang telah diberikan untuk divaksinasi” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Prinsip yang sama juga terpakai untuk program PPV Industri di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang telah digerakkan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 melalui Fasa 4 PICK.

“Vaksin dibekalkan secara percuma di bawah PIKAS manakala kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta” katanya.

Tambah beliau, terdapat beberapa jenis PPV yang dikendalikan oleh pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. antaranya PPV Pengamal Perubatan Am Swasta, PPV Hospital Swasta, PPV Klinik Pakar, PPV Pusat Jagaan Ambulatori dan PPV Industri.

“Majikan juga dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan” tegas beliau.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin dan terus melaporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...