Ekonomi @ My LNA

IHP tunjuk peningkatan 4.4 peratus pada Mei 2021

270
Inflation, growth of food sales, growth of market basket or consumer price index concept. Shopping basket with foods on arrow. 3d illustration

PUTRAJAYA 25 JUN 2021 – Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan peningkatan 4.4 peratus pada bulan Mei 2021 kepada 123.1 berbanding 117.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Katanya peningkatan IHP keseluruhan ini adalah disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan ketara terutamanya dalam kumpulan Pengangkutan (26.0%); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (3.2%); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.1%) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.5%).

Tambah beliau, berdasarkan laporan Food and Agriculture Organization (FAO), Indeks Harga Makanan global pada Mei 2021 berada pada paras 127.1, ianya meningkat 39.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu dan 4.8 peratus berbanding April 2021.

“Kenaikan mendadak pada bulan Mei 2021 didorong oleh kenaikan indeks minyak sayuran (124.5%) ekoran daripada lonjakan permintaan terhadap biofuel. Ini diikuti oleh gula (57.3%), bijirin (36.6%), tenusu (28.0%) dan daging (10.0%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya Peningkatan indeks bijirin adalah kesan daripada kemarau di Amerika Selatan yang menjejaskan hasil tanaman jagung dan kacang soya serta kopi dan gula. Permintaan paling tinggi oleh China memburukkan lagi tekanan bekalan bijirin dan meningkatkan kos pengeluar ternakan global.

Keadaan ini turut dicerminkan dengan peningkatan kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol di Malaysia. Namun begitu, kenaikan tahunan pada Mei 2021 adalah lebih rendah berbanding bulan sebelumnya iaitu 1.9 peratus (April 2021). Momentum yang perlahan ini adalah kesan daripada pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 sepanjang Mei yang sedikit sebanyak telah meredakan tekanan inflasi bagi kumpulan ini”. jelas Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 menunjukkan peningkatan 2.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan bulanan, IHP adalah tidak berubah berbanding April 2021. Walaupun kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah dan Pengangkutan masing-masing mencatatkan peningkatan 0.3 peratus dan 0.2 peratus, namun ianya diimbangi oleh penurunan kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol iaitu negatif 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Indeks teras meningkat 0.8 peratus pada Mei 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.1%); Pengangkutan (0.8%); Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (0.7%); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (0.6%); Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (0.6%); Kesihatan (0.6%); Pendidikan (0.3%) dan Restoran & Hotel (0.2%). Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

IHP tanpa bahan api meningkat 1.6 peratus pada Mei 2021 kepada 113.8 berbanding 112.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel.

Daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 363 item menunjukkan peningkatan pada Mei 2021. Sebaliknya, 123 item mencatatkan penurunan manakala 66 item tidak berubah. Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 225 item, 57 item menurun dan 14 item tidak berubah berbanding kategori Perkhidmatan, Barang Semi Tahan Lama dan Barang Tahan Lama”. kata beliau.

Lapan negeri iaitu Terengganu (6.2%), Kelantan (5.6%), Pahang (5.1%), Kedah & Perlis (4.8%), Negeri Sembilan (4.7%), Johor (4.6%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (4.5%) dan Perak (4.5%) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 4.4 peratus pada Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Kesemua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Terengganu iaitu pada 2.9 peratus. Ini diikuti oleh Kelantan (2.6%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.1%), Pahang (1.9%) dan Johor (1.6%).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...