23 JUN 2021 – Malaysia menyasarkan 60% penduduk akan menerima vaksin penghujung September ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), kerajaan menetapkan sasaran untuk memberi 150,000 vaksin setiap hari sepanjang bulan Jun dan akan meningkatkan pemberian sebanyak 200,000 sehari pada bulan Julai ini.
“Sehingga 19 Jun, seramai 4.08 juta individu merangkumi 12.5% penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 1.58juta penduduk menerima dua dos”, ujar Khairy ketika menyampaikan ucapan bersempena pelancaran ke-24 Pemantauan Ekonomi Malaysia sebagai Hab Pertumbuhan Inklusif Bank Dunia.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Malaysia berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, kerajaan bertindak dengan pantas untuk mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) mega dan pusat vaksinasi untuk meningkatkan kadar vaksinasi.
Beliau berkata, seramai 1000 orang pengamal kesihatan dari sektor swasta akan terlibat secara langsung dalam pemberian vaksin pada akhir bulan ini dan bulan depan serta turut melibatkan kakitangan kesihatan yang telah bersara selain mengaktifkan unit bergerak untuk vaksinasi.
“Sementara kerajaan menunggu rancangan imunisasi memberikan impak, kerajaan akan terus menyokong firma yang terkesan dan memelihara kebajikan pekerjaan untuk rakyat melalui pelbagai pakej bantuan.
Malaysia merekodkan 9000 kes harian pada bulan Mei memaksa kerajaan untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan penuh ketiga untuk mengawal penularan pandemic Covid-19 sekaligus menyaksikan produktiviti dan aktiviti ekonomi negara menguncup. Menurut Khairy lagi, jalan keluar daripada krisis kesihatan awam atau krisis ekonomi ini adalah kekuatan kolektif masyarakat Malaysia untu melancarkan rancangan imuniasasi dengan segera selain menguruskan kes jangkitan dan lonjakan harian yang baru selain memantau kapasiti hospital supaya sektor kesihatan tidak lumpuh.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment