AM

Tapak Projek Rumah Teres Di Negeri Sembilan Diarah Tutup, Gagal Patuhi SOP Pembinaan – CIDB

116

22 JUN 2021 – Sebuah tapak binaan rumah teres di Negeri Sembilan telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan.

Menurut kenyataan daripada Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) hari ini, pihak CIDB Negeri Sembilan telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan di Daerah Seramban dan mendapati tapak binaan tersebut gagal mematuhi SOP yang telah ditetapakan.

“Tapak binaan tersebut telah melanggar SOP yang telah ditetapkan iaitu beroperasi dengan kapasiti melebihi 60% pekerja di tapak bina dan rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)” katanya.

Pihak CIDB juga telah mengeluarkan notis arahan penutupan tapak binaan serta menyita kawasan binaan terbabit.

Dalam kenyataan yang sama, sebanyak 150 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Menurutnya, sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 2,423 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 446 (18%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 1,977 (82%) tidak beroperasi.

“Daripada 446 tapak yang beroperasi didapati 150 tapak pembinaan (34%) tidak mematuhi SOP, manakala 296 (66%) tapak lagi mematuhi SOP” katanya.

Selain itu, kesemua 150 tapak pembinaan tidak mematuhi SOP berkenaan telah diarah tutup serta merta. Bagaimanapun 11 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Daripada 150 tapak pembinaan yang ditutup sebanyak 45 terletak di Sarawak, di Selangor (24 tapak pembinaan), Melaka (16), Pulau Pinang (10), Terengganu (10), Sabah (9), Johor (7), Kuala Lumpur (6), Pahang (6), Perak (5), Kedah (4), Negeri Sembilan (4), Perlis (3) dan Kelantan (1)”.

“Manakala 11 yang dibuka semula selepas didapati mematuhi SOP terletak di negeri Terengganu (4), Melaka (3), Johor (2), Kuala Lumpur (1) dan Kedah (1)” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...