AM

Tiada Kelulusan Bagi Sebarang Aktiviti Perlombongan Di Kawasan Tasik Chini – KeTSA

76
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PUTRAJAYA 20 JUN 2021 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan seperti Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan serta kawasan yang telah diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di kawasan Tasik Chini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah ini bagi menyokong usaha dan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara tapak rizab biosfera Tasik Chini.

“ KeTSA sentiasa menekankan kepentingan memelihara kelestarian kawasan tapak rizab biosfera Tasik Chini bagi menyokong usaha mempertahankan pengiktirafan ini dalam memastikan pengurusan dan pembangunan sumber-sumber asli dilaksanakan secara bertanggung jawab dan mampan” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi permohonan dalam kawasan-kawasan berkenaan.

Jelas beliau, kelulusan untuk kawasan selain daripada itu adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan teknikal yang dapat menyediakan suatu tempat kerja yang selamat dan tidak membahayakan komuniti bersebelahan merangkumi flora dan fauna.

Penyertaan Malaysia dalam program Man and the Biosphere (MAB), UNESCO bermula pada tahun 2009 menerusi pengiktirafan Tasik Chini pada 26 Mei 2009 yang berkeluasan 6,922.97 hektar.

“Inisiatif ini melibatkan program saintifik antara kerajaan (inter-governmental) bagi memperbaiki hubungan antara manusia dan alam sekitar dengan memberi penekanan kepada keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar” katanya.

“Pihak Sekretariat UNESCO Paris telah memberikan tempoh sehingga tahun 2022 untuk penilaian semula status tapak rizab biosfera Tasik Chini”.

“KeTSA akan terus memberikan kerjasama dan menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Pahang ini bagi memastikan khazanah negara yang bernilai tinggi ini terpelihara demi faedah generasi masa kini dan akan datang” katanya.

Foto kredit Wikipedia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...