AMKenyataan Media

Insiden Perancah Besi Jatuh : LLM Tambah Baik Prosedur

75

KAJANG 21 JUN 2021 – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memastikan kerja-kerja pembinaan tidak diteruskan sepertimana yang diarahkan kepada Syarikat Konsesi Projek Lintasan Damansara Shah Alam Sdn. Bhd. (PLDSASB) berikutan insiden perancah besi jatuh yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

LLM akan mula mengkaji mengkaji penambahbaikan melibatkan kerja-kerja pembinaan lebuh raya baharu termasuk berbincang dengan Syarikat Konsesi dan Juruperunding termasuk Lembaga Jurutera Malaysia, JKKP dan Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

LLM berkata kerja – kerja yang melibatkan perancah (scaffold) bagi struktur sementara (falsework) melibatkan baki sepuluh (10) lokasi termasuk lokasikemalangan hanya akan diteruskan sehingga Kerajaan berpuas hati dengan langkah – langkah keselamatan yang telah diambil, ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

“Dalam masa yang sama, perbincangan dan lawatan tapak bersama-sama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Syarikat PLDSASB, Jurutera Perunding (Zaidun Leeng Sdn. Bhd (ZLSB)), Jurutera Perunding Bebas (Ranhill Bersekutu Sdn. Bhd. (RBSB)) dan Kontraktor Utama (Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah diadakan pada 19, 20 dan 21 Jun 2021” ujar LLM.

“LLM juga telah mengarahkan Syarikat PLDSASB, ZLSB dan RBSB untuk melaksanakan penilaian dan pemeriksaan lanjut berhubung dengan kejadian tersebut. Antara lain termasuk pematuhan ke atas rekabentuk perancah yang digunapakai merangkumi faktor keselamatan (safety factor), tatacara kerja (method statement), keperluan prosedur dan dokumentasi yang dilaksanakan, pengawasan di tapak dan lain-lain aspek kemungkinan insiden merangkumi jentera, bahan binaan, keadaan tapak, struktur sedia ada dan faktor persekitaran”, ujar LLM lagi.

“LLM juga merakamkan penghargaan kepada PLDSASB kerana telah membantu mengurangkan kesulitan terhadap keluarga mangsa yang terlibat termasuk akan menguruskan penghantaran balik jenazah dan sumbangan kepada keluarga mangsa yang meninggal”, ujar pihak mereka.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...