Kenyataan Media Pelancongan UTAMA

MOTAC Jalinkan Kerjasama Dengan Arab Saudi Pulihkan Sektor Pelancongan Negara

PUTRAJAYA 19 JUN 2021 – Pertemuan secara virtual antara Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan  Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al-Khateeb mampu memulihkan kembali sektor pelancongan negara.

Nancy berkata antara perkara yang dibincangkan dalam sesi tersebut adalah mengenai cabaran   industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak pandemik COVID-19, serta bekerjasama kedua-dua negara untuk memulihkan semula industri pelancongan dan kebudayaan menerusi beberapa inisiatif, ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

“Sebanyak 5 inisiatif dibincangkan antaranya perkongsian maklumat berhubung polisi dan amalan terbaik untuk memulihkan semula industi pelancongan daripada impak COVID-19, promosi bersama pelancongan menerusi media sosial dan platform digital untuk meningkatkan permintaan perjalanan bagi kedua-dua negara, perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam pengurusan lestari tapak warisan kebudayaan sebagai tarikan pelancongan menjalin hubungan kerjasama erat antara institusi seni, warisan dan budaya dan promosi dalam Pelancongan Mesra Muslim (MFT)” ujar beliau.

Pada tahun 2019, MOTAC merekodkan jumlah kemasukan pelancong dari Arab Saudi ke Malaysia seramai 121,444 orang daripada jumlah keseluruhan pelancong antarabangsa sebanyak 26.1 juta.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua menteri turut berkongsi pengalaman mereka berhubung pelancongan luar bandar termasuk produk pelancongan baharu termasuk ‘hidden gems’ yang belum diterokai untuk dipromosikan ke luar negara.

Nancy turut komited dan berharap perbincangan ini dijangka akan dapat membuka peluang yang lebih besar dalam bidang  pelancongan antara Malaysia dan Arab Saudi serta negara-negara Timur Tengah.

Foto kredit UKK MOTAC

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *