AM

INSIDEN PERANCAH BESI JATUH, KKR ARAH HENTI KERJA

69

KUALA LUMPUR 20 JUN 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan Syarikat Konsesi iaitu Projek Lintasan Damansara Shah Alam Sdn. Bhd. (PLDSASB) yang terlibat dengan insiden perancah besi jatuh untuk menghentikan kerja serta merta.

KKR dalam kenyataan hari ini turut kesan dengan insiden semalam yang menyebabkan dua pekerja warga Bangladesh cedera dan bantuan yang sewajarnya akan diberikan oleh syarikat konsesi kepada mangsa yang teribat, ujar KKR lagi.

KKR turut mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan juga Jurutera Perunding iaitu Zaidun Leeng   Sdn. Bhd. (ZLSB) menyediakan laporan lengkap dalam tempoh seminggu manakala Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  (JKKP) akan menyediakan laporan insiden tersebut.

“Kerja-kerja dengan menggunapakai kaedah kejuruteraan yang sama melibatkan keseluruhan empat belas (14) lokasi di kawasan tersebut yang mana empat (4) telahpun disiapkan. Kejadian adalah melibatkan lokasi kelima (5) yang sedang giat dilaksanakan”, ujar kementerian tersebut.

KKR turut memaklumkan semakan awal LLM mengesahkan rekabentuk perancah adalah teratur dan telah disahkan oleh Jurutera Perunding manakala baki kerja melibatkan sepuluh (10) lokasi hanya boleh diteruskan setelah laporan audit oleh pihak Jurutera Perunding Bebas (ICE) dikeluarkan.

Sebagai langkah keselamatan, lorong kanan kedua-dua hala di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (NKVE) di kawasan berkenaan adalah ditutup sepenuhnya kepada pengguna lalu lintas.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Berfesyen di Aidilfitri: Antara keterujaan dan syariat Islam

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Persediaan umat Islam dalam menyambut kedatangan lebaran Aididilfitri...