SEMASA

COVID -19 : Jumlah kes baharu menurun ke 5,293

20 Jun 2021 –  Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada hari ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 5,293 kes berbanding semalam ( 5,911).

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,680 kes dikuti Kuala Lumpur (379), Kelantan (167), Sarawak (661), Negeri Sembilan (693) dan Johor (627).

Selain itu, Kedah merekodkan 170 kes, Pulau Pinang (114), Pahang (77), Terengganu (12), Perak (205), Melaka (183), Sabah (163), Labuan (156) dan Putrajaya (4). Sementara itu Perlis mencatat 2 kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 696,408.