Kenyataan Media

PIKAS : Seramai 139,851 pekerja adalah dari pemain industri di Pulau Pinang

141

PULAU PINANG 17 JUN 2021 – Seramai 16,402 pekerja akan divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 di Bukit Jawi Golf Resort di Pulau Pinang sejak pembukaannya semalam.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam siaran media yang dikeluarkan hari ini, setakat 16 Jun 2021, lebih 1,733 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 280,820 orang telah berdaftar di dalam PIKAS di mana 186 syarikat dan seramai 139,851 pekerja adalah dari pemain industri di Pulau Pinang.

“Di bawah program PIKAS, vaksin akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan kepada pekerja namun majikan perlu menanggung kos pentadbiran proses vaksinasi dan tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja bagi membiayai kos yang terlibat,” kata Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang telah turun membuat pemantauan ke atas operasi PPV tersebut bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow.

Selain itu, lawatan tapak untuk melihat persediaan PPV PIKAS yang lain di Pulau Pinang seperti di Hotel Equatorial Penang, Intel Technology Sdn Bhd dan Jabil Circuit Sdn Bhd turut dijalankan.

PIKAS adalah sebuah inisiatif di bawah PICK dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan. PIKAS adalah sebuah kolaborasi inovatif di antara pihak awam dan swasta dimana Kerajaan akan menyediakan dos vaksin secara percuma dan pihak swasta pula akan menanggung kos pentadbiran pemberian vaksin seperti penyediaan PPV. Vaksinasi untuk sektor pembuatan di bawah PIKAS memberi tumpuan kepada subsektor pembuatan yang kritikal seperti elektrik dan elektronik, pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas serta produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...