Kenyataan Media

CIDB Tawar Pemberian Vaksin Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan – Fadillah

73

KUALA LUMPUR 17 JUN 2021 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 bagi 40,000 pekerja di dalam sektor pembinaan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, inisiatif ini adalah bagi mempercepatkan kadar vaksinasi barisan hadapan ekonomi khususnya dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Kementerian telah membentangkan cadangan pelaksanaan program vaksinasi kepada sektor pembinaan ini kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 14 Jun 2021 dan ianya telah dipersetujui” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui program ini, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan.

Tambah beliau, CIDB akan menyelaras dan memudahcara pelaksanaan program pemberian vaksin ini bagi pihak industri pembinaan.

“Caj pemberian vaksin yang akan dikenakan melalui program ini adalah sebanyak RM140 seorang untuk 2 dos suntikan vaksin yang lengkap”.

“CIDB akan memberikan subsidi RM50 untuk seorang pekerja dan juga menawarkan premis CIDB sebagai PPV secara percuma. Ini bermakna majikan hanya perlu membayar RM90 untuk setiap seorang pekerja yang divaksin” ujar beliau.

Penyertaan untuk program ini adalah secara sukarela dan penggiat industri pembinaan boleh memilih untuk mengadakan program pemberian vaksin sendiri kepada pekerja mereka dengan berurusan secara terus dengan CITF.

“Program pemberian vaksin yang akan diselaraskan oleh CIDB ini menyasarkan pekerja sektor pembinaan dan akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 Jun 2021 serta seluruh negeri Selangor pada 14 Julai 2021” katanya.

Penggiat Industri Pembinaan yang ingin mendaftarkan pekerja mereka dalam program pemberian vaksin ini boleh berbuat demikian bermula daripada 21 Jun 2021 di http://vaccine.cidblink.com atau hubungi talian 03-40428880 untuk pertanyaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...