16 JUN 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata bahawa Strategi Pelan Pemulihan Negara adalah pendekatan terbaik ke arah membawa keluar negara daripada krisis pandemik COVID-19.
Menurut Fadillah dalam satu hantaran posting di Facebook rasminya hari ini, adalah penting untuk seluruh lapisan masyarakat berganding bahu dan memberi sokongan padu bagi menjayakan pelan yang diumumkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini, demi memastikan kemenangan bersama dicapai dalam membawa keluar negara daripada krisis pandemik yang sudah lebih setahun melanda negara.
“Melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat menjadi keutamaan Kerajaan dalam melaksanakan strategi ini, yang seperti ditegaskan Perdana Menteri, dirangka berdasarkan data dan sains serta indikator tertentu.
Kita sendiri telah nampak tanda-tanda penurunan jangkitan sejak PKP 3.0 dilaksanakan, namun kita semua tidak harus sama sekali lalai, sebaliknya perlu terus mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.” katanya.
Fadillah turut menasihatkan kepada mereka yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin supaya mendaftar dengan segera .
“Dengar kadar vaksinasi telah mencecah 197,963 dos pada 14 Jun dan akan dipertingkatkan hingga lebih 300,000 dos sehari serta peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung Julai ini, imuniti kelompok akan dapat kita dipercepatkan, sekaligus menjayakan pelan ini.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan memberi komitmen padu demi menjayakan Pelan Pemulihan Negara.” ujarnya.
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar (exit strategy) dari kemelut pandemik COVID-19. Ia mengandungi empat fasa pelaksanaan yang berbetuk dinamik dan perlu memenuhi 3 indikator utama bagi bergerak dari Fasa 1 ke Fasa 4.
Indikator Pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, Indikator Kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU dan Indikator Ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment