Politik @ My LNA

Parlimen boleh bersidang pada sekitar September atau Oktober

54

15 JUN 2021 – Perdana Menteri Malaysia, Tam Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Sidang Parlimen boleh diadakan iaitu sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat, ketika tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara diadakan.

Menurut Muhyiddin, ia adalah pendirian beliau dari awal bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu setelah kes-kes COVID-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Saya akan terus mendokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19.” katanya dalam perutusan khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan hari ini.

Pelan Pemulihan Negara adalah strategi keluar (exit strategy) dari kemelut pandemik COVID-19. Ia mengandungi empat fasa pelaksanaan yang berbetuk dinamik dan perlu memenuhi 3 indikator utama bagi bergerak dari Fasa 1 ke Fasa 4.

Indikator Pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, Indikator Kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU dan Indikator Ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...