11 JUN 2021 – Dengan operasinya Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah hospital COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai fasiliti tambahan untuk menguruskan pesakit-pesakit COVID-19 yang kritikal dari kawasan sekitar Lembah Klang.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu hantaran posting di Facebook raminya, beliau telah melawat HPKK UKM pagi hari ini untuk melihat sendiri persiapan pihak HPKK sebelum mula menerima dan merawat pesakit COVID-19 pada minggu hadapan.
“Pengoperasian HPKK UKM sebagai sebuah hospital COVID-19 adalah susulan penguatkuasaan Seksyen 3 dan Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah saya tandatangani pada 4 Jun 2021.
Melalui kedua-dua seksyen ini, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengambilmilikan sementara HPKK UKM dan lain-lain sumber termasuk sumber manusia bagi tujuan menangani pandemik COVID-19.
Alhamdulillah dengan adanya HPKK UKM ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai fasiliti tambahan untuk menguruskan pesakit-pesakit COVID-19 yang kritikal dari kawasan sekitar Lembah Klang.” katanya.
Tambah Muhyiddin, langkah-langkah seperti kerjasama antara KKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Ordinan Darurat ini adalah penting untuk menentukan supaya sistem kesihatan kita tidak runtuh sewaktu situasi pandemik COVID-19.
“Alhamdulillah sejak bermulanya pandemik ini sehinggalah sekarang, Kerajaan terus komited membiayai pelbagai kemudahan dan peruntukan di bawah Ordinan Darurat bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan negara kita dapat meneruskan fungsinya pada tahap yang optimum.
Saya juga berkesempatan melihat proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di HPKK UKM yang dioperasikan secara bersama dengan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Insya-Allah semoga usaha ini akan membantu untuk mempercepatkan proses pemberian vaksinasi dan seterusnya mencapai imuniti berkelompok yang disasarkan.” ujarnya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment