11 JUN 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof, disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan pada 10 Jun 2021.
Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan memaklumkan Fadilah Yusof menjalani ujian saringan COVID-19 pada 10 Jun 2021 sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.
“Fadilah Yusof sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021”, ujar KKR.
“Beliau juga akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilapor berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul serta berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat”, ujar KKR lagi.
Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar sepanjang tempoh kuarantin.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment