PUTRAJAYA 10 JUN 2021 – Sijil Pelajaran Malaysia 2020 atau SPM 2020 mencatatkan sejarah sebagai pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun selain jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar mengecil.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata SPM yang bermula pada 22 Februari dan berakhir pada 23 April lepas melibatkan seramai 401,105 calon berdaftar dengan bilangan pusat peperiksaan adalah sebanyak 3,310 dan bilangan mata pelajaran sebanyak 83.
SPM 2020 adalah merupakan peperiksaan yang mencabar untuk dilaksanakan pada era pandemik Covid-19 dan pendekatan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan adalah menerusi persediaan, pembaharuan dan analisis keputusan.
“Gred Purata Nasional (GPN) adalah meningkat dimana tahun 2020 mencatatkan 4.80 berbanding 4.86 dicatatkan pada tahun 2019”, ujar beliau pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2020 pagi ini.
Gred Purata Nasional (GPN) ialah indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara. Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.
Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Analisis peperiksaan SPM 2020 dalam laporan yang dikeluarkan oleh KPM adalah berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.
Bagi tujuan penandaarasan dan penjaminan kualiti di peringkat antarabangsa, pakar pentaksiran dari luar negara yang terlibat dalam peperiksaan SPM 2020 adalah dari Cambridge Assessment International Education (CAIE), United Kingdom dan Pearson, United Kingdom.
“Calon layak Sijil SPM 2020 meningkat sebanyak 1.86% pada kedudukan 88.68% berbanding 86.72% pada tahun 2019 manakala Calon Berkeperluan Khas (CBK) layak Sijil SPM 2020 adalah meningkat 6.88% pada kedudukan 68.22% berbanding 61.34% pada tahun 2019”, ujar beliau.
Menurut Dr. Radzi lagi, sebanyak lima (5) mata pelajaran menunjukkan peningkatan pada SPM 2020 iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral manakala dua (2) mata pelajaran menurun iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment