Pendidikan @ My LNA

Penangguhan bayaran pinjaman PTPTN

178

PUTRAJAYA 9 JUN 2021 –

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 serta belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 10 Jun hingga 31 Ogos dan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman itu akan diperincikan PTPTN dan berharap pengumuman itu dapat membantu meringankan beban yang ditanggung peminjam”, ujar beliau lagi,

Sebelum ini kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Dis 2020 kepada semua peminjam dan kemudian memberi penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam yang terkesan selama tiga bulan dari Januari hingga Mei 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNA

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL...