KUALA LUMPUR 3 Mei 2021 – SME Bank akan terus komited membantu pelanggan yang terjejas dengan menawarkan pengurangan pembiayaan dan lanjutan moratorium bersasar akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata SME Bank menjadi bank pembangunan pertama yang menawarkan Program bantuan PKS (SRP), pelan bantuan pembayaran bersasar yang mesra pelanggan bermula dari PKP 1.0.
“Melihat kepada persekitaran ekonomi yang kekal mencabar, SME Bank mengambil pendekatan proaktif dengan melancarkan SRP 2.0 di mana bantuan pembayaran bersasar ini dilanjut sehingga 30 September 2021.
“Di bawah SRP, SME Bank telah membantu 3,084 orang pelanggan yang layak dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.1 bilion” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Melalui Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF-Targeted Relief & Recovery Facility) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), SME Bank menggunakan semua peruntukan yang diberi dan meluluskan pembiayaan bernilai RM150 juta sejak ia ditawarkan tahun lalu.
“Untuk PEMERKASA+, SME Bank akan mengemukakan permohonan penambahan dana sebanyak RM200 juta kepada BNM”
Tambah beliau, SME Bank juga akan terus menyediakan skim pembiayaan SME Go PEMERKASA+ yang menjadi sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi khusus untuk membantu kontraktor (G2-G4) yang ditawarkan kontrak oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan pusat atau negeri.
“Pembiayaan kontrak akan dibiayai oleh SME Bank melalui MySMEBina untuk kontrak pembinaan atau infrastruktur dan/atau MySMEBekal pula bagi kontrak pembekalan atau penyelenggaraan,” katanya.
Skim pembiayaan SME Go PEMERKASA+ adalah untuk tujuan modal kerja dengan had pembiayaan sehingga RM1.0 juta.
SME Bank juga telah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan pengecualian dan pengurangan bayaran sewa kepada penyewa di Kompleks Premis Usahawan (EPC) serta di ibu pejabat SME Bank sejak tahun lalu dengan penjimatan kos operasi sebanyak RM6.1 juta kepada penyewa.
“Bagi menyokong PEMERKASA+, kami bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran sewa sepenuhnya selama tujuh bulan lagi bermula dari Jun hingga Disember 2021 dengan nilai penjimatan kos berjumlah RM6.6 juta” katanya.
“Ini adalah untuk meringankan beban yang dihadapi oleh penyewa kami dan membolehkan usahawan mempersiapkan aliran tunai yang cukup untuk merancakkan semula operasi mereka selepas PKP 3.0″.
“Sehingga kini, CEDAR telah menjalankan pelbagai modul latihan dan bimbingan sama ada secara atas talian atau sebaliknya yang membabitkan lebih 60,000 peserta” jelas beliau lagi.
Dalam kenyataan yang sama, PEMERKASA+ akan terus memberi peluang kepada CEDAR (Centre for Entrepreneur Development and Research), anak syarikat milik penuh SME Bank untuk menawarkan program pembangunan perniagaan kepada semua usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah terjejas akibat COVID-19.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment