Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

PKD Kuala Muda nafi tawar vaksin tanpa temujanji

400
Fake news,Hoax concept.Hands holding mobile phone on blurred night city as background

2 Jun 2021 – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, Kedah menafikan kesahihan mesej-mesej yang menawarkan pemberian vaksin Sinovac kepada penduduk yang menetap di Daerah Kuala Muda termasuk individu-individu yang tinggal di Sungai Petani tanpa perlu menunggu panggilan janji temu vaksinasi daripada aplikasi MySejahtera seperti yang tular di media sosial.

Pihak PKD Kuala Muda meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan mesej berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai disaran untuk merujuk media sosial rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari semasa ke semasa.

Sumber : Pasukan Respons Pantas KKMM

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *