PUTRAJAYA: PEMERKASA Tambahan berjumlah RM 40 bilion ringgit dengan suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 5 bilion mampu membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata arahan lockdown PKP 3.0 membawa kepada penutupan semua sektor sosial dan ekonomi kecuali yang dikategorikan sebagai sektor perlu atau ‘essential services’.
“Kerajaan prihatin nasib usahawan PKS yang terjejas dengan memberi manfaat menerusi PEMERKASA Tambahan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antaranya kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
“Selain itu, pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) yang ditambah menjadi RM 1500 kepada sejuta PKS dan perusahaan mikro.”
“Pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak 1.5 bilion ringgit disediakan bagi oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%”.
“Institusi perbankan juga akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman dengan penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS”.
“Akhir sekali potongan khas 30% kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021” katanya beliau.
Dalam pada itu, MEDAC juga akan terus membantu para usahawan untuk memastikan kelangsungan perniagaan usahawan PKS.
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
- Only 2 hours from Tokyo! Come meet the Niigata Limited Edition Hello Kitty! The Hello Kitty × Hello Niigata Campaign has Begun!
- 2024 China Huangshan Book Fair Opens in Hefei, Marking Several “Firsts”
Leave a comment