PUTRAJAYA: Hanya penginapan hotel untuk tujuan kuarantin, pengasingan dan pekerjaan bagi perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui kenyataan media hari ini turut menjelaskan penginapan bagi tujuan pelancongan tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut.
Pihak MOTAC juga telah mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi tujuan yang dibenarkan.
“Untuk hotel yang berdaftar dengan MOTAC, boleh semak dan muat turun melalui http://motac.gov.my/pkphotel”.
“Bagi hotel yang tidak berdaftar dengan MOTAC dan berhasrat untuk mendapatkan kebenaran beroperasi, sila emel nama hotel bersama sijil SSM dan lesen PBT melalui: plncovid19@motac.gov.my “ katanya.
Pertanyaan lanjut berhubung SOP AM di bawah aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan boleh kemukakan email melalui ukc19@motac.gov.my dan talian Hotline MOTAC: 03-89117189.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment