PUTRAJAYA 31 Mei 2021 – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan 1 bilion ringgit bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. Ia merupakan komitmen Kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.
Jelas Muhyiddin, langkah pertama yang diambil adalah memperuntukkan 450 juta ringgit bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di UiTM, UPM dan UKM serta melalui hospital medan ATM seperti di Sabah dan Sarawak.
“Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk 200 juta ringgit yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini.” katanya.
Langkah kedua pula adalah memperuntukkan 550 juta ringgit untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak. Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri.
“Langkah ketiga adalah melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.” kata Muhyiddin.
Tambah Muhyiddin, Menteri MOSTI telah diarahkan supaya mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Beliau turut mengarahkan supaya aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi membantu warga emas dan mereka yang tinggal jauh yang mengalami kesukaran untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment