PUTRAJAYA 31 Mei 2021 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique hari ini mengucapkan selamat menyambut Gawai Dayak kepada masyarakat Iban dan semua yang meraikannya.
Kata Halimah di dalam satu kenyataan media hari ini, Perayaan Hari Gawai menandakan bermulanya musim baharu penanaman padi yang membawa nafas baharu kepada masyarakat Sarawak.
“Tradisi berkumpul pada malam sehari sebelum Pesta Gawai bersama dengan keluarga besar di rumah panjang masing-masing bagi acara minum Air Pengayu dan disusuli dengan upacara doa, menandakan Hari Gawai sememangnya dinanti-nantikan.
Selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP), mulakan tahun baharu ini dengan sentiasa mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan demi kebaikan dan keselamatan semua pihak.” kata Halimah.
Beliau berharap sambutan Pesta Gawai ini membawa tuah dan rezeki yang baik kepada masyarakat bumi kenyalang.
“Selamat menyambut Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai. Stay United, Stay Safe, Stay At Home” ucapnya.
Dalam perkembangan lain, Halimah memaklumkan bahawa Kementerian Perpaduan Negara telah mengemaskini SOP Sektor Sosial seperti berikut:-
a. SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam;
b. SOP Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam;
c. SOP Pembukaan Taska Genius Perpaduan/ Tabika Perpaduan; dan
d. SOP Aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Katanya kesemua SOP tersebut akan dimuatnaik dalam telegram serta laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan laman web rasmi KPN pada hari ini.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment