PUTRAJAYA 30 Mei 2021 – Perayaan Tadau Kaamatan yang diraikan oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut memberi peluang untuk mengeratkan tali persaudaraan antara kaum tanpa mengira latar belakang yang berbeza.
Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, walaupun sambutan perayaan tahun ini tidak dapat diraikan semeriah tahun-tahun sebelumnya demi menjaga keselamatan dalam mengekang penularan wabak Covid-19, beliau menyeru agar semua rakyat Malaysia sama-sama mengambil inspirasi dari semangat kesyukuran dan perpaduan yang disampaikan menerusi perayaan itu.
“Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan perayaan, sekaligus mencerminkan kekuatan bangsa yang unik.
Bagi mereka yang akur mengikut SOP dan berjauhan dari kampung halaman, sama-sama kita berpegang kepada kekuatan ini dikala kita memerangi Covid-19 bersama.” kata Halimah.
Beliau juga berharap agar perayaan kali ini membawa keberkatan dan keharmonian.
“Kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Stay United, Stay Safe, Stay At Home” ucapnya.
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment