PUTRAJAYA: Seramai 8,000 usahawan berjaya dibantu oleh Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN) dalam mendigitalkan perniagaan mereka sejak Januari 2020 hingga suku pertama tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program yang ditawarkan oleh INSKEN dan dijalankan secara dalam talian telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengusaha perniagaan.
“INSKEN membantu melatih 7,773 perniagaan mikro dan tidak rasmi melalui pelbagai program latihan dan bimbingan, termasuk Latihan Perniagaan INSKEN, program E-Board, INSKEN Masterclass dan Program Peningkatan Perniagaan INSKEN (BEP)” katanya.
Program latihan dan bimbingan INSKEN mempunyai pendekatan yang lebih holistik kerana bukan sahaja membantu usahawan dalam mendigitalkan perniagaan tetapi turut meraih keuntungan sepenuhnya daripada langkah pendigitalan ini.
Tinjauan yang dilakukan oleh MEDAC mendapati 57.74 peratus responden memilih untuk berbelanja dalam talian setelah kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada awal tahun ini berbanding 19.23 peratus sebelum ini.
Selain itu terdapat petunjuk yang jelas bahawa pengguna di Malaysia semakin percaya dengan e-dagang apabila tinjauan yang sama dijalankan mendapati 62 peratus responden mengatakan bahawa mereka lebih selesa dengan transaksi dalam talian berbanding transaksi tunai (fizikal).
Tambah Wan Junaidi, sehingga kini peserta program latihan INSKEN telah menikmati peningkatan jualan dengan purata 200 peratus dan ini tidak menghairankan mengapa kursus yang ditawarkan oleh INSKEN dianggap seperti ‘pisang goreng panas’.
MEDAC turut bersedia bekerjasama dengan kementerian dan organisasi lain dalam mengembangkan kursus keusahawan yang komprehensif dan kemudiannya akan menyumbang kepada peningkatan sektor SME negara.
“Selain INSKEN, kami mempunyai agensi lain yang dapat membantu dalam pengembangan keseluruhan sektor PKS negara seperti TEKUN, SME Corp, Perbadanan Nasional Berhad, UDA Holdings, Bank Rakyat, SME Bank serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment