27 Mei 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan berlakunya kejadian gempa bumi di Gua Musang, Kelantan 59km timur laut Ipoh, Perak bermagnitud 5.1 Skala Richter pada 09:38 malam, 26 Mei 2021.
“Mesej tular ini tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat gempa tersebut yang dikeluarkan oleh agensi luar negara.
MET Malaysia menafikan kejadian tersebut berlaku di Malaysia dan telah mengesan gempa bumi yang sebenarnya berlaku di Utara Sumatera Indonesia dengan magnitud 4.6 Skala Richter pada 09:38 malam, 26 Mei 2021.” jelas jabatan tersebut di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
MET Malaysia turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa atau tsunami.
“Sila dapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.” saran Met Malaysia.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment