KUALA LUMPUR 23 Mei 2021 – Kerajaan menjangkakan industri pelancongan Malaysia akan mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk pulih sepenuhnya akibat daripada penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam mendepani sektor pelancongan yang terjejas teruk, kerajaan pada masa yang sama telah menyediakan serta menggerakkan inisiatif untuk membangun semula industri ini.
“Saya faham perasaan menteri dan mereka yang terlibat dengan sektor pelancongan. Ia akan ambil masa tiga hingga empat tahun untuk pulih, banyak industri tutup. Pengusaha bas dan teksi pelancongan gulung tikar, tersadai”.
“Sebab itu, bagi membantu mereka, kita umum bantuan kepada pemandu teksi dan bas pelancongan, tetapi sejauh mana mengharapkan bantuan, selagi pelancong tidak boleh datang, macam mana mereka nak dapatkan pendapatan?,” katanya dalam Bicara Khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri di RTM TV1, Astro 502 dan Bernama TV semalam.
Jelas beliau sektor ini paling terjejas kerana kita tidak dapat melintasi sempadan negara dan pelancong asing tidak diterima. Banyak hotel ditutup. Homestay harus menghentikan operasi. Teksi dan bas yang membawa pelancong lumpuh.
“Oleh itu, saya telah meminta Kementerian Kewangan untuk menolong mereka kerana ada pembelian seperti (teksi) yang dibuat bukan melalui pinjaman bank, sebaliknya melalui syarikat penyewaan yang tidak mempunyai moratorium,” katanya.
Muhyiddin turut mengatakan, kerajaan telah memulakan rundingan untuk memberi masuk kepada pelancong China dan ASEAN melalui jalur hijau ketika keadaan mengizinkan, serta membantu industri kreatif menyegarkan industri pelancongan.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment