16 Mei 2021 – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyenaraikan enam syor yang dikemukakan oleh Malaysia kepada OIC di dalam Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-menteri Luar yang telah diadakan secara maya hari ini.
Syor-syor terbut adalah :
- OIC perlu mendesak Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memperbaiki kegagalannya dan memikul tanggungjawab dalam menjaga keamanan serta keselamatan. UNSC harus bertindak segera, menguatkuasakan resolusi dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Israel mesti ditekan agar mematuhi sepenuhnya semua kewajipan seperti yang digariskan dalam resolusi UNSC yang relevan, termasuk Resolusi 2334 dan undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB.
- Demi menjamin keselamatan saudara mara kita Palestin, OIC perlu mendesak PBB untuk beri perlindungan antarabangsa untuk Wilayah Palestin yang diduduki. Walaubagaimanapun, saya juga nyatakan, kita tidak boleh sekadar menunggu PBB untuk bertindak di kala semakin ramai yang dibunuh – OIC juga perlu bertindak segera dan membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara yang mungkin. Kita tidak boleh sekadar bercakap, kita mesti tunjuk kepada dunia negara-negara Islam ada di sini untuk membantu.
- Masyarakat antarabangsa khususnya Negara Anggota OIC perlu secara tegas menggunakan semua saluran undang-undang, politik dan ekonomi untuk menekan Israel. Inilah sebabnya Malaysia bersama Indonesia dan Brunei berganding bahu dan senada mengutuk Israel – kekuatan tiga negara Islam mewakili suara 250 juta umat Islam di Asia Tenggara tidak boleh diabaikan.
- OIC perlu menggesa masyarakat awam di seluruh dunia agar meneruskan perjuangan mereka dalam mendesak kebertanggungjawaban serta menonjolkan pencabulan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa oleh Israel. Peranan ini sangat penting dalam membentuk tanggapan umum dan memberikan tekanan dari bawah ke atas. Ini untuk memastikan penindasan terhadap rakyat Palestin dapat difahami di seluruh dunia, walaupun sesetengah pihak melabelkan rakyat Palestin sebagai pengganas.
- Masyarakat antarabangsa perlu terus berusaha mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap konflik ini.
- Pentingnya semua Negara Anggota OIC bersatu menyokong perjuangan rakyat Palestin.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment