PUTRAJAYA 6 Mei 2021 – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bersama pihak Google dan Microsoft bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam usaha menambahbaik laman sesawang rasmi kerajaan agar lebih mesra komuniti orang kurang upaya (OKU) mengikut Garis Panduan Kebolehcapaian Kandungan Web (WCAG).
Dalam perkongsian di laman rasmi media sosial Facebook J-KOM, agensi berkenaan menyatakan kesediaan Google dan Microsoft untuk mengadakan kerjasama strategik dalam usaha menambahbaik komunikasi dua hala dengan komuniti OKU.
Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyNIC dan wakil daripada NGO OKU.
“Pihak Google dan Microsoft menyambut baik inisiatif yang dibuat oleh jabatan ini dan bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam menambahbaik laman sesawang kerajaan agar lebih mesra OKU” kata J-KOM.
Selain itu, kedua-dua syarikat gergasi teknologi dunia tersebut juga menyatakan kesudian untuk berkongsi kepakaran dalam pembangunan aplikasi mesra OKU.
“Jalinan kerjasama yang melibatkan kolaborasi strategik antara pihak kerajaan dan swasta ini akan diteruskan pada masa akan datang seiring dengan usaha untuk mengupayakan komuniti OKU di negara ini” tambah J-KOM.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment