GOMBAK 22 April 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Sambutan Hari Bumi bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak.
Menurut ABIM, tujuan sambutan ini adalah untuk mendengar suara dan harapan komuniti orang Asli untuk bersama kita menjaga kelestarian alam sekitar dan bersama mempertahankan keadilan untuk iklim.
“Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia memahami bahawa Orang-orang Asli amat mementingkan kehidupan kehidupan di hutan dan Orang Asli mahukan kita sebagai rakyat Malaysia seluruhnya dan juga masyarakat antarabangsa ini memelihara hutan.
Jadi ini tujuan kita buat Program Hari Bumi bersama Orang Asli. Kita nak merai dan menunjukkan apa yang mereka mahukan dan harapan mereka terhadap kita” kata Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di majlis tersebut.
Sesi berlangsung dengan gimik pertukaran pokok daripada pihak ABIM diwakili Muhammad Faisal dan Kampung Orang Asli diwakili Tok Batin – Tok Ulang Bin Simpan sebagai simbol amanah untuk kedua-dua pihak menjaga kehidupan alam.
Majlis juga diraikan dengan aktiviti mewarna anak-anak Orang Asli bertemakan alam sebagai simbol besar harapan generasi mereka untuk kita menjaga amanah alam.
Pada penghunjung program, ABIM turut mengedarkan bantuan menerusi projek Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada semua 23 keluarga Orang Asli.
Turut hadir Kaunselor Kedutaan Besar Sweden Malaysia, Ola Pihlblad yang turut menyantuni komuniti Orang Asli.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment