12 April 2021 – Kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) ‘Jom Dive!’ dilancarkan hari ini oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penyelam Skuba Malaysia. Kempen ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengunjungi pulau-pulau di negara ini serta menikmati kepelbagaian khazanah marin.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di dalam satu siaran media yang dikeluarkan hari ini.kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk merancakkan kembali ekonomi negara melalui penglibatan para penggiat industri pelancongan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).
“Dengan adanya kempen ini, ia diharap dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk melancong serta menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik dengan memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada.
Selain itu, ia diharap dapat memupuk minat, kesedaran serta rasa kecintaan orang ramai terhadap keindahan dasar laut semula jadi yang terdapat di dalam negara ini,” jelas Nancy.
Kayanya lagi, orang ramai diseru suapaya merebut peluang keemasan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati keunikan khazanah hidupan marin serta keindahan pulau-pulau di Malaysia.
Kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) ‘Jom Dive!’ teresebut bermula dari 12 April sehingga 31 Mei 2021, menawarkan potongan harga istimewa kepada orang ramai yang ingin mendapatkan lesen aktiviti selam skuba selain turut menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Melalui kempen ini, sebanyak 1,000 pakej selam skuba ditawarkan berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’. Pemberian diskaun sebanyak RM450 akan diberikan bagi setiap pembelian pakej berharga RM1,000 dan ke atas di dalam satu resit.
Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang Tourism Malaysia, www.malaysia.travel atau platform www.xtvt.com.my.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment