AMPendidikan @ My LNA

DidikTV KPM akan mula bersiaran mulai 17 Februari 2021

191
The man presses the button on the TV remote. The concept of reading books vs dependence on television series and entertainment broadcasting .

12 Februari 2021 – Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM akan mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 17 Februari 2021 di mana ia akan bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi.

“Pewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7.

Kini, buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.” kata KPM melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah KPM, DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.

“Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan.

Saluran DidikTV KPM juga merupakan satu platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.” kata KPM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...