AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

MOSTI berjaya komersialkan 386 produk, teknologi dan perkhidmatan, lepasi sasaran Belanjawan 2016

83

17 Disember 2020 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sehingga kini berjaya komersialkan sebanyak 386 produk, teknologi dan perkhidmatan manakala nilai pendapatan yang dijana pula adalah sebanyak RM402 juta.

Ketika berucap di Majlis Perasmian Kemuncak Program Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2020, Khairy berkata bahawa semasa pembentangan Belanjawan 2016, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengkomersialkan 360 produk serta teknologi hasil R&D yang dibiayai kerajaan menjelang 2020.

“Saya berbangga untuk mengumumkan bahawa MOSTI bukan sahaja telah berjaya melepasi sasaran ini, malah sehingga kini sebanyak 386 produk, teknologi dan perkhidmatan telah berjaya dikomersialkan. Nilai pendapatan yang dijana pula adalah sebanyak 402 juta ringgit.

Syabas saya ucapkan kepada semua komuniti penyelidik dan usahawan teknopreneur dari institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta yang telah terlibat aktif menjayakan inisiatif ini. Sewajarnya kejayaan dan pengiktirafan yang akan diberi menerusi Anugerah MCY 2020 menjadi perangsang utama untuk kita mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.” katanya.

Berkenaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Khas MCY tahun 2020, Khairy berkata sebanyak 122 produk, teknologi dan perkhidmatan daripada 56 agensi telah dinilai dalam dua siri Bengkel Due Diligence MCY.

“Hasilnya, sebanyak 43 produk, teknologi dan perkhidmatan telah tersenarai sebagai KPI Khas MCY 2020. Bagi tahun ini, agihan pemberian hadiah kembali kepada 100 peratus secara tunai, berbanding 50 peratus tunai dan 50 peratus non-cash facilitation yang diamalkan pada tahun 2018 dan 2019.

Ini diharap dapat memberikan suntikan motivasikepada para penyelidik serta usahawan yang berjaya meningkatkan daya saing hasil R&D di pasaran tempatan dan antarabangsa. Tahniah diucapkan kepada para pemenang atas usaha pengkomersialan produk-produk berkualiti tinggi.” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy berkata bahawa Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2020 telah menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-2 paling inovatif selepas China, daripada 37 buah negara berpendapatan sederhana tinggi; ke-8 daripada 17 negara di Asia Tenggara, Asia Timur dan Oceania; dan ke-33 dalam keseluruhan ranking GII 2020 berbanding kedudukan ke-35 dalam tahun 2019.

“Dari segi kualiti inovasi, output inovasi Malaysia setanding dengan negara ekonomi berpendapatan tinggi. Bagaimanapun, Malaysia masih menunjukkan tahap kecekapan rendah kerana menghasilkan output inovasi yang kurang berbanding dengan tahap pelaburan inovasi atau input. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara ASEAN lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam yang menunjukkan tahap kecekapan tinggi berbanding negara kita kerana mereka menghasilkan banyak output inovasi berbanding input.

Sehubungan itu, kerajaan amat memberi penekanan kepada return on investment (ROI) ke atas perbelanjaan di dalam R&D di samping berhasrat supaya lebih banyak demand driven R&D dihasilkan dan diguna pakai oleh industri, seterusnya melonjakkan Malaysia ke kedudukan 20 teratas dalam GII menjelang 2030. Pada masa yang sama, Gross Expenditure on R&D akan cuba ditingkatkan daripada satu perpuluhan empat peratus (1.04%) kepada tiga perpuluhan lima peratus (3.5%) dan Business Expenditure on R&D ditingkatkan daripada 43.9 peratus kepada 70 peratus menjelang 2030 dan Penyelidikan Pembangunan Eksperimen ditingkatkan daripada 24.5 peratus kepada 50 peratus menjelang 2025.” ujarnya.

Majlis penyampaian Anugerah MCY 2020 yang diadakan secara virtual ini turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Sebanyak enam (6) kategori Anugerah telah disampaikan dan pemenang-pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta beserta trofi dan sijil penghargaan.

Pemenang bagi Anugerah Keseluruhan yang menerima wang tunai RM100,000.00 dirangkul oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui produk Bituminous Cuplump (BC), Cuplump Modified Bitumen (CMB) dan Cuplump Modified Asphalt (CMA). LGM turut memenangi Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan melalui produk yang sama dengan nilai hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.00, trofi dan sijil penghargaan.

Pemenang Utama bagi empat (4) kategori lain pula adalah:

  1. Anugerah Pencapaian Pengkomersialan dimenangi oleh DIA-Chemical Sdn. Bhd. melalui produk DIACHLOR Aluminium Chlorohydrate;
  2. Anugerah Usahawan Penyelidik dimenangi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui produk Technology Licensing of Epoxidized Methyl Oleate as Palm Based Plasticiser;
  3. Anugerah Usahawan Sosial dimenangi oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melalui produk Square Fish Crackers and Drying Tray for Producing Crackers; dan
  4. Anugerah Inovator Baharu dimenangi oleh Venigo Sdn. Bhd. melalui produk Vein Display Instrument.

Kesemua Pemenang Utama bagi empat (4) kategori anugerah tersebut menerima hadiah wang tunai RM130,000.00, trofi dan sijil penghargaan setiap satu. Anugerah MCY juga turut mengiktiraf lima (5) lagi peserta untuk hadiah saguhati, iaitu wang tunai bernilai RM50,000.00 setiap satu beserta trofi dan sijil penghargaan.

Tahun ini iaitu tahun 2020 merupakan tahun kelima pelaksanaan MCY sejak 2016 dan terakhir bagi fasa MCY 2.0. Seterusnya fasa MCY 3.0 akan bermula mulai tahun 2021. Dalam fasa seterusnya nanti, penekanan akan beralih kepada inisiatif pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke peringkat global.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...