AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Jauhi akaun palsu – MCMC

183

4 Disember 2020 – Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menjauhi dan berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang berleluasa di media sosial. Para pengguna media sosial boleh menangani kewujudan akaun-akaun yang diragui ketulenannya dengan melaporkannya melalui ruangan Laporan Akaun Palsu (“Report Fake Account”) yang disediakan oleh pihak penyedia platform media sosial, bagi penelitian dan tindakan lanjut berdasarkan pelanggaran Piawaian Komuniti yang ditetapkan.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, tindakan sedemikian adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya penyebaran kandungan tidak baik seperti berita yang mengelirukan, ucapan kebencian dan kandungan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Tatkala pihak penyedia platform media sosial sedang giat mengimbas dan mengesahkan ketulenan akaun-akaun pengguna, masih wujud ketirisan dari mereka. Pun begitu, pengguna patut sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu. Ini kerana kadang kala akaun-akaun tidak menunjukkan tanda palsu atau berniat jahat pada mulanya, maka penyedia platform memberi mereka keraguan yang munasabah sehingga mereka menunjukkan tanda aktiviti yang tidak baik.

Penyedia platform akan menemui akaun-akaun ini apabila sistem pengesanan mereka mengenal pasti tingkah laku yang tidak baik atau jika ada pengguna yang melaporkannya kepada mereka.” kata MCMC.

Kata Suruhanjaya itu lagi mencegah akaun palsu adalah salah satu cara untuk menghentikan penyalahgunaan dan perlindungan lain juga harus diberikan sebaik sahaja kandungan dihasilkan dan interaksi berlaku dengan akaun-akaun palsu ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...