AMPendidikan @ My LNA

Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman dilantik sebagai Naib Canselor Universiti UPM baharu

416

17 Ogos 2020 – Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Dr. Noraini Ahmad pada hari ini memaklumkan pelantikan YBrs. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman
dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) baharu berkuat kuasa mulai 1 September 2020 hingga 31 Ogos 2023.

Menurut Dr. Noraini melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Profesor Dr. Mohd Roslan yang berusia 51 tahun tersebut berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1994 dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fisiologi Sistem Saraf di The University of Edinburgh, Scotland United Kingdom pada tahun 1999.

“Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM selama hampir tiga (3) tahun serta jawatan-jawatan pentadbiran dan akademik yang lain, antaranya Pengerusi Jemaah Pengetua Kediaman Pelajar UPM dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Beliau juga telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsi (tugas) sebagai Naib Canselor UPM sejak 1 Julai 2020.

Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan hal ehwal pelajar serta memastikan pelbagai program dilaksanakan dengan objektif utama ke arah memperkasakan budaya kesukarelawanan, aspek kepemimpinan dan kemahiran insaniah (soft skills) pelajar. Beliau juga telah menerbitkan lebih daripada 200 hasil penyelidikan dalam jurnal berimpak tinggi.” kata Ahli Parlimen Parit Sulong tersebut.

Justeru, beliau percaya dengan pelantikan ini, Profesor Dr. Mohd. Roslan dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau dalam mengekalkan kegemilangan UPM dan seterusnya mengembalikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai bidang tujahan utama UPM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...