Sumber : Polis Johor
KOTA TINGGI 17 Ogos 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY , Ketua Polis Johor telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Ketibaan YDH Ketua Polis Johor disambut oleh YDH SUPT. HUSSIN BIN ZAMORA, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Ketua-ketua Bahagian , pegawai-pegawai kanan, Pegawai Rendah Polis dan Penjawat awam IPD Kota Tinggi.
Seterusnya , YDH Ketua Polis Johor telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada warga IPD Kota Tinggi di dewan IPD Kota Tinggi. Dalam amanatnya, beliau mengingatkan Pegawai dan anggota supaya lebih berintegriti dalam menjalankan tugas, bebas rasuah dan dadah, tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti jenayah serta bersekongkol dengan penjenayah.
Turut hadir YDH ACP MOHD SALLEH BIN HJ ABDULLAH, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, YDH SUPT AZIMAN BIN WARDI, Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan Johor dan YDH SUPT AHMAD FAIZAL BIN TAHRIM, Pegawai Turus Pendataan Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Johor.
Leave a comment