AMNiaga @ My LNA

MITI perolehi Pensijilan Piawaian Antarabangsa ISO 37001: 2016

153

8 Julai 2020 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah berjaya memperolehi Pensijilan Piawaian Antarabangsa ISO 37001: 2016 di mana MITI telah menjadi Kementerian yang keempat di Malaysia dan juga merupakan Kementerian yang pertama di bawah kategori Kementerian berisiko sederhana yang berjaya menerima pensijilan tersebut.

Menurut MITI melalui siaran media yang diedarkan semalam, kejayaan tersebut secara spesifiknya memperakui Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti Bribery Management System – ABMS) di sesebuah organisasi.

“Pensijilan Antarabangsa ISO 37001: 2016 ABMS ini amat signifikan buat MITI dalam meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan di peringkat Kementerian berteraskan prinsip governas, integriti dan anti rasuah. MITI menyahut aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya di peringkat antarabangsa.

Piawaian ISO 37001: 2016 – ABMS ini diperkenalkan oleh International Organisation for Standardisation (ISO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Piawaian ini bertujuan untuk menyediakan kawalan berkesan bagi mengelak, mengesan dan bertindak dengan cepat terhadap perlakuan rasuah selain mempromosi budaya berintegriti, telus dan pematuhan kepada undang-undang. Keperluan bagi mematuhi ISO 37001:2016 ABMS turut ditekankan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang diadakan pada 8 Jun 2018.

Pensijilan Piawaian ISO 37001: 2016 – ABMS di MITI adalah susulan Projek Pembangunan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MITI (SPAR MITI) yang telah
dilaksanakan bermula pada 13 Mac 2019 dan selesai dibangunkan pada 26 Jun. Inisiatif ini dilihat akan menambah nilai kepada pelaksanaan tugas-tugas utama MITI seperti pelaksanaan aktiviti-aktiviti perdagangan, pembangunan industri, pelaburan berkualiti dan pengurusan Kementerian seperti pemberian kelulusan Sijil Tempasal (COO), Approved Permit (AP) dan perolehan Kerajaan.” kata MITI.

Tambah MITI, Kementerian tersebut telah membangunkan Dasar Anti-Rasuah MITI sejak 2019 bagi menguatkuasakan dasar dan prosidur yang berkesan dan telus untuk memantau, mencegah dan menghapuskan rasuah.

“Selain itu, MITI turut membangunkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat MITI, khusus bagi orang ramai untuk melaporkan salah laku yang melibatkan warga kerja MITI. Di samping itu, MITI juga telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas yang berperanan sebagai semak dan imbang terhadap langkah-langkah kawalan yang diambil dalam membendung risiko rasuah di MITI.

Penerimaan pensijilan ini amat signifikan kepada MITI selaku penggerak utama dalam mengawalselia aktiviti-aktiviti ekonomi Malaysia, bagi menjamin produktiviti yang mampan menerusi tadbir urus yang telus dan meningkatkan keyakinan serta kebolehpercayaan pemegang taruh, khususnya komuniti perniagaan, persatuan industri dan para pelabur terhadap MITI. Ini akan memberi manfaat kepada perangkaan dasar-dasar yang menyeluruh yang akan menganjakkan ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.” jeas MITI.

Tambah MITI, kejayaan tersebut merupakan komitmen MITI dalam mengamalkan sistem pengurusan anti rasuah yang menyeluruh di peringkat Kementerian di bawah kepimpinan Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Usaha ini juga turut dijayakan Pengurusan Tertinggi MITI dan seluruh warga MITI.

SIRIM QAS International Sdn Bhd, yang merupakan badan penilaian pematuhan yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), telah menjalankan audit secara komprehensif dan bebas bagi memastikan pelaksanaan ABMS di MITI dilaksanakan dengan lebih berkesan, efektif dan menyeluruh dan badan tersebut telah menjalankan kerja pengauditan sebanyak dua kali, iaitu pada 1 hingga 2 April 2019 dan 9 hingga 11 Disember 2019 bagi menilai tahap pematuhan MITI ke atas keperluan Standard ISO 37001:2016 ABMS.

Secara keseluruhannya, SIRIM QAS memperakui langkah-langkah kawalan yang diambil oleh MITI dalam membendung ruang dan peluang berlakunya risiko rasuah, terutama dalam pemberian kelulusan pemberian COO dan AP serta perolehan Kerajaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...