Pendapat @ My LNAPendidikan @ My LNA

Aku dan Guru – Dr Radzi Jidin

915

Aku dan Guru

Aku di sini
Bukan kerana aku dilahirkan bijak
Bukan kerana aku dilahirkan pandai
Bukan kerana aku dilahirkan pintar
Tidak juga kerana aku dilahirkan hebat

Aku di sini direzekikan Maha Esa
DititipNya pendidik dan penjaga
Senantiasa sabar dan setia
Mengajarku erti dunia
Mengasuh dan membina
Dari kecil hingga dewasa

Tanpa jemu dan putus asa
Ilmu dipaku ke dalam jiwa
Menusuk tajam ke akal geliga
Menjadi pedoman buat kembara
Sebagai ingatan di hari tua

Setiap titik ilmu ditadah
Tentu ada guru yang bermadah
Menasihat bak ibu dan ayah
Bertegas usah mengalah
Memimpin agar terus melangkah

Tanpa guru siapalah aku
Hidup kosong tanpa ilmu
Ibarat sungai mengalir lesu
Entah di mana muara dan hulu
Menjadi manusia tanpa tuju

Terima kasih cikgu
Terima kasih guru
Budi dan jasamu
Ku sanjung selalu

Aku akan terus berguru
Demi cinta kepada ilmu

DRJ
Di hening subuh
16 Mei 2020

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali...