AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Kerajaan lulus RM100 juta untuk pembiayaan TSFRF – MOSTI

161

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah bersetuju memberi peruntukan kepada Malaysia Debt Ventures (MDV) sehingga RM100 juta bagi membiayai program pembiayaan Technology Start-up Funding Relief Facility (TSFRF) dalam usaha membantu syarikat-syarikat start-up teknologi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Kementerian Sains, Teknology dan Inovasi (MOSTI) berkata, berdasarkan satu tinjauan yang dilaksanakan oleh MaGIC pada 4 April 2020, hampir 50% syarikat start-up memerlukan di antara RM500,000 sehingga RM1 juta untuk memastikan kelestarian perniagaan sepanjang tahun 2020.

“TSFRF ini akan dilaksanakan oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), salah sebuah agensi di bawah MOSTI bermula 15 Mei 2020 ini dengan menyediakan bantuan kewangan bagi menampung aliran tunai seterusnya mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan syarikatsyarikat terpilih.

“TSFRF ini adalah terbuka kepada semua syarikat startup teknologi milik rakyat tempatan dan majoriti pendapatan dijana dalam negara,” kata MOSTI dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Menurut MOSTI, pakej rangsangan ini menawarkan tempoh pembiayaan sehingga lima (5) tahun tertakluk kepada semakan tahunan serta pengecualian bayaran fi guaman selain tiada fi dan kos tambahan yang harus ditanggung oleh pemohon.

Proses ini akan dibuat secara cepat dan mudah, tambah MOSTI.

“Dana RM100 juta ini akan diselaraskan bersama peruntukan yang telah disalurkan kepada agensi-agensi tech-funding di bawah MOSTI seperti MDV, CRADLE, MAVCAP, MTDC dan MaGIC sebelum ini dan menjadikan jumlah terkini sebanyak RM315 juta.

“Peruntukan ini disalurkan kepada syarikat-syarikat start-up dalam bentuk pinjaman, geran, inisiatif pembangunan kapasiti, sokongan operasi, akses kepada pasaran dan lain-lain lagi,” kata MOSTI

MOSTI juga berkata, Cradle akan turut menawarkan program pembiayaan baharu berbentuk geran berjumlah RM26.5 juta yang akan bermula penghujung Mei 2020.

“Program pembiayaan ini adalah khusus untuk permohonan baharu yang akan membantu membiayai syarikat start-up teknologi selepas mengambil kira isu serta cabaran yang dihadapi disebabkan COVID-19.

“Manakala MAVCAP telah melancarkan dua program pembiayaan baharu iaitu Lunex (berjumlah US$10 juta) yang memberi fokus kepada start-up fintech dan Asia Greentech Fund (US$20 juta) dengan fokus kepada startup teknologi hijau.

“Sebuah program pembiayaan lain yang akan dipanggil SuperSeed Fund II dengan jumlah sebanyak US$10 juta juga akan dilancarkan dalam tempoh masa terdekat,” kata MOSTI lagi.

Dalam kenyataan tersebut juga MOSTI turut menjelaskan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pula telah menjalankan kerjasama dengan syarikat gas dan minyak Serba Dinamik.

“Kerjasama ini meliputi program pembiayaan sebanyak RM6 juta untuk membiayai syarikat digital yang berpotensi. Selain itu, MTDC juga akan mengadakan kolaborasi dengan syarikat bagi pelaksanaan pembiayaan P2P berjumlah RM2 juta,” kata MOSTI.

Tambah MOSTI lagi, menerusi MaGIC, inisiatif pembangunan kapasiti seperti Global Accelerator Programme (GAP) akan terus dilaksanakan oleh MaGIC bagi menyokong kemampanan start-up termasuklah melaksanakannnya secara atas talian serta mengembangkan kerjasama dan penglibatan daripada start-up antarabangsa.

“Selain itu, program bootcamp yang menyasarkan Deep Tech dan Emerging Tech akan turut dilancarkan bagi membimbing bakat tempatan bagi menghasilkan prototaip yang dapat menyelesaikan penyataan masalah berkaitan COVID-19 melalui teknologi seperti Machine Learning, Robotics, Nanotech dan Dronetech,” kata MOSTI.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan Menteri MOSTI Khairy Jamaluddin, menerima kunjungan Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan di pejabatnya di mana telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif-inisiatif terlibat sebelum mengadakan perbincangan lanjut mengenai pakej rangsangan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai TSFRF boleh diperolehi menerusi laman web MDV (www.mdv.com.my).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...