AMCOVID-19 @ My LNA

Terima kasih NGO – Rina Harun

213

3 April 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pertubuhan badan – badan bukan kerajaan (NGOs) di negara yang sedang bekerja bertungkus lumus ‘ turun padang’ memberikan sumbangan, perkhidmatan, bantuan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat Malaysia khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan dan keluarga miskin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

Menurut Rina di dalam posting beliau di Facebook rasminya hari ini, peranan dan penglibatan NGOs amat penting terutamanya dalam membantu frontliners mengagihkan makanan, barang keperluan harian serta bantuan – bantuan lain yang diperlukan dari peringkat akar umbi.

“Ketika negara sedang mengharungi satu cabaran getir dalam memerangi wabak Covid- 19 ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menghargai dan menyanjung tinggi khidmat masyarakat yang disalurkan oleh kumpulan NGOs untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Proses penyaluran sumbangan sepanjang tempoh PKP ini adalah tertakluk kepada peraturan yang telah digariskan oleh kerajaan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Oleh itu, pihak Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan satu garis panduan (SOP) bagi membolehkan NGOs turut terlibat dalam aktiviti penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar.” ujar Rina.

Jelas Rina, SOP yang dimaksudkan adalah pertama sekali ialah NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan, kedua adalah NGO terlibat perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri atau JKM Daerah sehari sebelum penyaluran sumbangan, ketiga adalah barangan kering dan bermasak sahaja dibenarkan untuk disalurkan.

“Keempat adalah anggota NGO terlibat mesti memakai topeng muka dan sarung tangan serta membawa ‘sanitizer’ tangan ketika aktiviti pengagihan sumbangan. Kelima adalah anggota NGO terlibat perlu diperiksa suhu badan, yang bergejala tidak dibenarkan terlibat.

Dan SOP terakhir adalah menjaga jarak sosial (social distancing) dan TERHAD kepada dua anggota NGO, yang perlu disertai Anggota Pertahanan Awam (APM) dan RELA.” tambah Rina.

Kata Rina lagi, KPWKM amat menghargai niat ikhlas NGOs untuk bersama kerajaan berganding bahu antara satu sama lain dalam memastikan penyaluran sumbangan kepada rakyat dapat dilakukan secara berkesan, terurus dan terancang.

Dalam pada yang sama, Rina turut berterima kasih kepada semua anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKMHQRELA MalaysiaAngkatan Pertahanan Awam Malaysia dan frontliners yang lain atas perkhidmatan yang telah diberikan.

“Anda semua hero rakyat Malaysia” ujarnya.

Pada 30 Mac 2020 lepas, Rina telah mengadakan pertemuan bersama rakan-rakan NGO di pejabatnya di Putrajaya bagi membincangkan isu penyaluran bantuan. Kelihatan NGO-NGO dapat menerima SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan dapat bersama-sama bekerja sama dengan baik di dalam usaha memberi bantuan kepada golongan yang terkesan dengan penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...