30 Mac 2020, 10 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :
- Ketua Polis Raub, Pahang menafikan dakwaan bahawa penduduk Raub tidak dibenarkan keluar selepas jam 12.00 tengah hari.
- Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pahang menafikan dakwaan bahawa sesiapa yang telah mengunjungi 20 lokasi di sekitar kawasan Pahang perlu menghadirkan diri ke klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera untuk menjalani saringan COVID-19.
- Pasaraya Bataras Putatan, Sabah menafikan seorang daripada pekerjanya di Bataras Putatan 2 positif COVID-19.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi
Leave a comment