AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

MEDAC komited bantu koperasi depani impak penularan COVID-19 – Wan Junaidi

123

26 Mac 2020 – Berhubung dengan keputusan Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman oleh koperasi menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam kenyataan media hari ini berkata bahawa pihak Kerajaan melalui MEDAC amat prihatin terhadap impak penularan Covid19 ke atas aktiviti perniagaan 14,628 buah Koperasi di Malaysia.

“Aktiviti koperasi yang terjejas ini turut memberikan kesan kepada kebajikan seramai 6.05 juta anggota koperasi seluruh Malaysia. Memandangkan arahan terkini Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 di seluruh negara, banyak koperasi yang menerima kesan secara langsung akibat dari pemberhentian operasi perniagaan.

Dalam usaha untuk meringankan beban dan membantu koperasi yang terlibat, MEDAC telah mengambil langkah proaktif mengumumkan moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman oleh koperasi menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). ” umum Dr. Wan Junaidi.

Beliau turut menambah bahawa penangguhan pembayaran balik ini ditawarkan untuk tempoh 6 bulan mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

“Anggaran keseluruhan kos yang terlibat berikutan pelaksanaan morotorium ini adalah RM99 juta.

Koperasi boleh memohon secara terus ke SKM menerusi emel kepada
rozdeen@skm.gov.my atau menghubungi talian 012 3302444.” jelas beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...