Home AM TAHNIAH KEPADA YAB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN AZUMU ATAS SOKONGAN PENUH UNTUK TERUS MENERAJUI KERAJAAN NEGERI PERAK
AM

TAHNIAH KEPADA YAB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN AZUMU ATAS SOKONGAN PENUH UNTUK TERUS MENERAJUI KERAJAAN NEGERI PERAK

Mewakili Kerajaan Negeri Perak, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu atas tindakan mengekalkan status quo Kerajaan Negeri Perak.

Keputusan yang dibuat secara matang ini turut mendapat perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selaku Menteri Besar sekali gus mengekalkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang dilantik sebelum ini.

Dengan persetujuan yang dicapai secara kolektif ini, Kerajaan Negeri Perak akan dapat terus berfungsi dan berkhidmat kepada rakyat serta meneruskan agenda memajukan negeri ini.

Bagi rakyat negeri Perak, marilah sama-sama kita mendoakan agar kesejahteraan dan keharmonian negeri Perak terus dipelihara.

YB HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...