AMPendidikan @ My LNA

PPSMI : Sekarang bukan lagi zaman ‘Government Knows Best’ – Presiden ABIM

177

GOMBAK 6 Februari 2020 – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz pada hari ini mengkritik tindakan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan media mahu melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurut Faisal ketika berucap di sidang media Gerakan Mansuhkan PPSMI yang berlangsung hari ini di ibu pejabat ABIM, Tun Dr Mahathir perlu sedar bahawa sekarang bukan lagi zaman Goverment Knows Best.

“YAB Tun harus faham dan sedar sekarang bukan lagi zaman kerajaan tahu semua perkara. Sekarang adalah zaman konsultasi dan (rujuk) kajian. Apa juga tindakan (yang ingin dilakukan oleh) kerajaan harus bergantung kepada fakta.

Jika Perdana Menteri (dan menteri-menteri lain) berpandangan A, tidak semestinya rakyat harus ikut.” tegas Faisal.

Tambah Faisal lagi isu pengangguran di kalangan anak muda sekarang adalah akibat kegagalan kerajaan sendiri menyediakan peluang pekerjaan bukannya disebabkan kurangnya penguasaan Bahasa Inggeris. Beliau juga menyeru agar kerajaan fokus kepada isu-isu yang lebih utama kepada rakyat seperti ekonomi dan sebagainya. Kekalahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada beberapa Pilihanraya Kecil (PRK) baru-baru ini, menunjukkan rakyat sudah mula mempertikaikan tindakan kerajaan di dalam menangani beberapa perkara dan kerajaan tidak patut membebankan rakyat lagi dengan malaksanakan semula PPSMI tersebut.

Baru-baru ini media melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman dimana PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara dan beliau berkata mata pelajaran Sains dan Matematik adalah berbeza dengan mata pelajaran lain seperti Sejarah dan Geografi, kerana ia bukan bidang ilmu yang diolah dari negara ini. Oleh sebab itu banyak sumber rujukan kepada kedua mata pelajaran tersebut adalah di dalam Bahasa Inggeris dan berdasarkan faktor tersebut Bahasa Inggeris akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...