AMKenyataan Media

AMANAH MENOLAK KERAS PELAN DAMAI TRUMP, NETANYAHU

222

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama sekutunya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan pelan perdamaian bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel amat mengecewakan masyarakat antarabangsa.

Penetapan ibu negara Israel yang dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis bakal membuka peluang kepada rejim Zionis Israel untuk bertindak sesuka hati bagi menindas penduduk Palestin.

Walaupun Trump menganggap bahawa pelan tersebut memenuhi ‘situasi menang-menang’ melalui penyelesaian dua negara, hakikatnya, tiada perdamaian yang akan tercapai.

Hak rakyat Palestin akan terus dicabuli manakala tanah-tanah milik mereka akan dirampas secara zalim. Bahkan inilah agenda licik Barat untuk menghalau rakyat Palestin dari tanah asal mereka termasuk di Lembah Jordan.

Sebaliknya, tindakan kejam Washington bersama Tel Aviv akan menyaksikan lebih banyak serangan berdarah akan berlaku selepas ini bagi menuntut hak-hak rakyat Palestin yang telah ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Sesungguhnya pengisytiharan yang dibuat oleh Donald Trump ini merupakan ‘Deklarasi Balfour Baharu’ yang akan memusnahkan impian dunia untuk melihat sebuah rantau yang bebas dari sebarang konflik dan pergolakan berdarah.

Dunia harus bangkit menyatakan bantahan bagi mencegah lebih banyak pertumpahan darah berlaku. Tiada keraguan lagi bahawa pengumuman Trump dan Netanyahu itu bercanggah dengan pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .

Justeru, Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengajak dunia Islam, Timur dan Barat untuk bersatu hati menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pengumuman tersebut.

DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB
Timbalan Presiden,
Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara

29 Januari 2020

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...