AMPendidikan @ My LNA

Isu Ponggal : Surat pekeliling bertujuan kurangkan kebimbangan ibu bapa murid beragama Islam – KPM

145

PUTRAJAYA 15 Januari 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini tampil memberi kenyataan bagi isu pengeluaran surat pekeliling yang berkaitan dengan Perayaan Ponggal yang telah tular baru-baru ini.

Menurut KPM di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, pihaknya menyedari bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. KPM juga menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti silang budaya yang dijalankan.

“Merujuk kepada Perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu, KPM tidak pernah menghalang perayaan ini diadakan di sekolah.

Merujuk kepada surat KPM bernombor rujukan KPM. 100-1/3/2 (64) bertarikh 13 Januari 2020, surat ini dikeluarkan bagi mengurangkan kebimbangan pihak ibu bapa murid beragama Islam dalam pelibatan anak-anak mereka semasa sambutan perayaan tersebut.

Kenyataan surat ini mengambil kira pendirian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ” jelas KPM.

Tambah KPM, pihak sekolah turut diingatkan agar mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa jika berhasrat untuk mengadakan sambutan perayaan yang tertentu di sekolah.

Semalam tular di media sosial berkenaan satu surat pekeliling yang disebutkan tadi yang memaklumkan keputusan mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan hukum orang Muslim yang menyertai pesta perayaan Ponggal.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo turut memberi reaksi ke atas isu ini dengan menyatakan bahawa beliau akan membangkitkan isu ini di dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada hari ini.

Turut senada dengan Gobind adalah Menteri Sumber Manusia YB M Kula Segaran yang mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa adalah tidak tepat bagi mengatakan bahawa perayaan Ponggal adalah perayaan yang berbentuk keagamaan. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...