29 Disember 2019 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , YB Datuk Seri Salahuddin Ayub secara peribadi mengganggap bahawa tahun 2020 adalah tahun yang menuntut pembuktian kepimpinan dalam berparti dan berkerajaan.
Menurut beliau yang jugamerupakan Timbalan Presiden Amanah di dalam kenyataan tahun baru 2020 yang dikeluarkan hari ini, tahun 2020 adalah penting untuk masa depan kerjaya politik saya, parti Amanah, Pakatan Harapan dan kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri.
“Bagi peribadi saya sendiri, tahun 2020 adalah tahun yang menuntut pembuktian kepimpinan dalam berparti dan berkerajaan. Ruang masa yang ada adalah untuk menterjemah segala janji dan harapan, memenuhi segala tanggungjawab dan mengubah persepsi negatif yang sentiasa dibina oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap apa jua pembaharuan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan kepada pemikiran yang lebih positif.
Saya juga akan berusaha dan akan terus melangkah kehadapan bagi menterjemahkan kemahuan dan harapan rakyat.” kata Salahuddin.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap dirinya sepanjang tahun 2019 ini.
“Dari bertatih saya tidak takut lagi untuk berlari. Kini saya semakin tabah dan berani membuat keputusan penting disaat-saat yang mendebarkan. Saya masih di sini untuk terus berdiri dan berlari untuk memahat arca perjuangan yang masih belum selesai. ” katanya.
Salahuddin adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara] dan telah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. Dalam Konvensyen Nasional part AMANAH 2019 yang berlangsung baru-baru ini, beliau sekali lagi telah dipilih sebagai Timbalan Presiden parti.
Leave a comment