AM

Pelaksanaan RFID di 62 plaza tol mulai 1 Januari 2020

183

KUALA LUMPUR 23 Disember 2019 – Kementerian Kerja Raya pada hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa kaedah kutipan tol menggunakan teknologi RFID di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1 akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020.

Sumber foto Halaman Web Touh’nGo Digital

“Sistem RFID merupakan mod pembayaran elektronik terkini yang diperkenalkan di lebuh raya di samping mod pembayaran sediada iaitu melalui kad Touch’nGo dan SmartTAG”. kata Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian di kenyataan tersebut.

Menurut Kementerian lagi, kaedah pembayaran tol secara RFID ini dijangka dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol memandangkan pengguna tidak lagi perlu berhenti untuk menyentuh kad di reader.

“Selain itu, pengguna juga dapat menikmati faedah-faedah seperti pengguna lebuh raya dapat membuat transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan lebih selesa, tiada kos penyenggaraan memandangkan sticker  RFID tidak memerlukan bateri, tambah Nilai (Reload)  boleh dibuat secara atas talian (online), Sticker  RFID ditampalkan pada kenderaan dan tidak mudah hilang dan mengurangkan isu operasi sedia ada melibatkan pengguna seperti lewat meletakkan OBU SmartTAG, OBU SmartTAG diletakkan secara terbalik dan bateri lemah.

Sistem RFID menggunakan sticker  yang dihubungkan dengan Touch’nGo eWallet, di mana pengguna RFID boleh menambah nilai tol secara atas talian atau online. Ini akan  memudahkan orang ramai membuat tambah nilai tanpa perlu ke pusat khidmat pelanggan atau lokasi tambah nilai. ” jelas Kementerian.

Tambah Kementerian lagi, pelaksanaan ujian rintis RFID telah diadakan di plaza-plaza tol terpilih mulai tahun 2018 dan telah mendapat respon yang positif daripada pengguna lebuh raya. Sehingga kini, jumlah pengguna RFID telah mencecah lebih dari 830,000 orang pengguna.

Pengguna lebuh raya yang ingin mendapatkan sticker RFID boleh berbuat demikian di 130 Fitment Centres seperti berikut:

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...